Setiap benda konkrit (yang boleh dilihat) pasti ada bayang-bayang yang tersendiri
Apatah lagi, kita manusia yang hidup dan boleh bergerak. Bayang-bayang merupakan teman sejati kita!
Teman serapat mana pun tak mungkin dapat membuntuti langkahan kaki kita ke semua tempat sekalipun. Tapi, bayang-bayang YA! Bayang-bayang akan sentiasa mengekori kita ke mana sahaja kita pergi seperti juga 'tapak kaki' kita yang kita tinggalkan merata-rata.
Bayang-bayang sangat setia! Bayang-bayang tak akan pernah tinggalkan kita kecuali ada sesuatu yang menghalangnya daripada memunculkan dirinya...
Maklumat yang diambil daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Bayang-bayang :
- Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya terhalang sesuatu.
- Bayangan akan menjadi tidak ketara jika pencahayaan lemah. contoh: matahari pada hari berawan
- Di tempat teduh tidak ada bayang-bayang kerana tempat teduh sudah merupakan bayangan sebuah benda yang menghalangi matahari.
- Bayang-bayang lebih jelas kelihatan pada waktu malam apabila cahaya mendekati sesuatu benda.
- Bayangan akan menjadi besar apabila suatu benda bergerak mendekati cahaya.
- Apabila benda menjauhi cahaya, bayang-bayang benda itupun menjadi kecil kerana benda tersebut hanya menjadi penghalang yang semakin kecil
Tambahan : Bayang-bayang akan hilang bila tiada cahaya (malam) dan bayang-bayang akan mengecil apabila cahaya memenuhi ruang.
Menarik! Belum pernah terfikir tentang 'teman baik' ini. Tetapi, tiba-tiba terdetik tentang sesuatu...
Pernahkah kita terbayang kalau bayang-bayang boleh bercakap? Atau kalaulah bayang-bayang juga ada mata, telinga, hidung. Maksud lain, kalaulah bayang-bayang itu hidup? Macamanae ye???
Pernahkah kita terbayang kalau bayang-bayang boleh bercakap? Atau kalaulah bayang-bayang juga ada mata, telinga, hidung. Maksud lain, kalaulah bayang-bayang itu hidup? Macamanae ye???
Persoalan itu membuahkan idea tentang penulisan cerpen eksperimental dalam 'kotak bahasa'ku.
Kalaulah bayang-bayang hidup, boleh berbicara seperti tuannya (benda/orang yang membentuk bayang-bayang), sudah tentu ada kebaikan dan kelemahannya.
Ku cuba menggarap idea ini dalam cerpenku.
'Bayang-bayang Saksi' : Andai kata bayang-bayang mampu berbicara, sudah tentu dia mampu menceritakan tentang segala apa yang dilihat. Bukankah dia (bayang-bayang) merupakan 'teman yang setia'?
Seorang kanak-kanak yang diculik seorang diri, hanya bertemankan bayang-bayang...tercambah idea untuk mewujudkan perasaan dalam diri bayang-bayang kanak-kanak tersebut.
Setiap masa menjadi saksi perbuatan durjana manusia yang menyeksa si kanak-kanak kecil, namun, tidak mampu berkata apa-apa kerana dirinya hanyalah Bayang-bayang! Dan...dialah satu-satunya saksi utama yang ada!Yang hidup dan kadang-kadang mati (wujud dan lenyap). Hanya bergantung pada si tuan untuk meneruskan 'hidup'. Namun, bila tuan sudah mati, akan mati jugakah dia? Tidak, sebenarnya dia akan terus 'hidup' setiap kali cahaya datang walaupun memang dia tidak langsung memainkan peranan!
Tetapi, bayangkanlah, kalau bayang-bayang mampu berbicara!!!
2 comments:
assalamualaikum.
Mintak izin copy gambar.
minta izin juga untuk copy gambar. terima kasih.
Post a Comment