RSS

Sistem Carian

Sunday, October 10, 2010

Alkisah Kuih Puteri Mandi



Penuh warna-warni!!!
Terus selera makanku semakin menguak-nguak.
Fuh, menyelerakan dengan warna yang bermacam-macam. Ada merah, hijau, kuning dan putih!

Erm...Kuih ni alkisahnya berasal di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.
Rasanya memang manis dan amat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.
Kanak-kanak memang penggemar no. 1! Apatah ia senang dimakan dan dikunyah ditambah rasanya yang manis dan lemak.

Aku terpanggil untuk menyelidiki rahsia si 'Puteri Mandi' ini. Bermacam-macam dalam fikiran aku keluar pasal asal-usul nama puteri mandi ni. Pelik kan?

Dalam sebuah laman web, aku curi-curi membaca kisah yang mungkin direka pasal Puteri Mandi ni. Ia bermula begini....Seorang pemuda telah jatuh cinta pada seorang puteri yang sungguh indah paras rupanya. Mereka bahagia, namun setelah beberapa bulan mereka bercinta, puteri tersebut telah menjauhkan diri daripada si pemuda. Si pemuda merasa sedih. Lalu untuk menghilangkan rasa rindunya pada si puteri, beliau telah pergi mengintai puteri yang sedang bermandi- manda dalam sungai bersama dengan teman-teman puterinya.  Semua puteri-puteri itu sungguh cantik jelita paras rupawan mereka. Mereka mandi tanpa menghiraukan si pemuda yang sedang mengintai. Si pemuda pula tersenyum penuh kemanisan!

Heh! Macam-macam...Tapi walau apa pun kisah di sebalik kejadian kuih Puteri Mandi ini, memang tidak dinafikan kuih ini memang enak dimakan.

Kuih Puteri mandi....
Lihat sahaja bentuknya...bulat yang tidak bulat...digelumang dengan kuah yang pekat dan warna-warna yang menggoda mata.

Jika diperhatikan betul-betul, kuih ini dapat menggambarkan kiasan tentang kehidupan yang tenang berdasarkan warna-warnanya, kehidupan yang penuh dengan cerita.
Kemanisan dan kenikmatan hidup yang dapat dirasai oleh mereka yang mencintai kehidupan.
Kuah yang pekat dan lemak memberi rasa puas. Meneliti puteri mandi seperti memerhati si gadis yang punya kelembutan dan hati budi yang mulia. Suci dan bersih! Taburan hampas kelapa yang menyerikan lagi sebuah perhubungan antara manusia. Bak kata, hidup yang penuh lengkap!

Cubalah menikmati kuih puteri mandi dengan penuh selera, pasti temui jawapan nikmat dan manisnya sebuah kehidupan!!! Maka, sesuailah kuih Puteri Mandi menjadi santapan penyedap selera dan pencuci mulut yang pastinya akan diingati sampai bila-bila.

1 comments:

Unknown said...

Kuih puteri mandi berasal dari cina, namanya 糖粿, digunakan untuk upacara sembahyang pada hari 七夕節. Dalam cerita 牛郎織女 pada kelender luna cina 7 haribulan 7... mungkin kuih puteri mandi ni berasal dari sana.. just adaptasi dari budaya orang tempatan sini je.. mungkin info ni dapat tolong cik untuk cari asal usul makanan ini.. :)

Post a Comment